Friday, March 5, 2010

Tari Bangilun




Tari keprajuritan dengan ciri khas para penarinya mengenakan kaca mata hitam. Tari ini diiringi dengan nyanyian bersama dengan lirik lagu yang diambil dari Kitab Berjanji yang dilagukan sedemikian rupa.

Tari Jaran Kepang




Biasanya dibawakan oleh 7 orang penari, satu penari sebagai plandang (pemimpin) dan enam lainnya sebagai prajurit. Tarian ini didasarkan pada Legenda Raden Panji Asmoro Bangun yang sedang mencari kekasihnya yang bernama Dewi Sekartaji.
Para penari menaiki jaran (kuda) yang terbuat dari anyaman bambu atau kepang. Pemimpin tari biasanya membawa pecut/cemeti atau cambuk yang biasa digunakan alat bantu dalam mengendalikan kuda. Tarian ini disebut juga jathilan.



Kuda Kepang ialah tarian tradisi yang masih diamalkan di daerah-daerah tertentu di Malaysia. Dipercayai berasal dari Indonesia dan dibawa masuk ke Semenanjung Malaysia oleh imigren dari Indonesia. Mula bertapak di Johor dan berkembang ke negeri-negeri lain di pantai barat Semenanjung. Permainan Kuda Kepang diamalkan di negeri Selangor di daerah-daerah Bukit Ceraka Jeram, Tanjung Karang Pasir Panjang dan Sungai Nibong.

Jumlah pemain Kuda Kepang bergantung kepada guru dalam mengendalikan anak buahnya. Walau bagaimanapun, jumlah pemainya mestilah ganjil.

Permainan Kuda Kepang diiringan dengan bunyi-bunyian. Ada lima jenis peralatan muzik pengiring iaitu, bonang, kenong, gendang, gong, dan bedok. Selain alat muzik, terdapat juga peralatan lain yang digunakan dalam permainan ini umpamanya patung kuda yang diperbuat daripada papan nipis atau anyaman rotan atau kulit lembu.


Dalam satu-satu permainan lengkap Kuda Kepang ia ada lima peringkat tarian. Peringkat pertama dinamakan "tarian permulaan permainan". Pada peringkat ini pemain akan mengadakan tarian sembah hormat kepada penonton. Peringkat kedua pula dinamakan "tarian pusing gelanggang". Peringkat ketiga dinamakan "tarian persembahan. Peringkat keempat dinamakan "tarian silang" dan peringkat kelima dinamakan "tarian lompat". Pada peringkat kelima pemain pula tidak sedar akan diri dan menjadi ganas. Sebaik sahaja gendang dihentikan pemain-pemain tidak lagi mempunyai panduan untuk bermain dan mereka serta-merta menjadi lemah.

Tarian Kuda Kepang sering diadakan dalam mejlis-mejlis kenduru kahwin atau upacara-upacara tertentu untuk menyambut para pembesar yang mengunjungi daerah-daerah tertentu.



Bertempat di PRPP Semarang Jawa Tengah, Sabtu 5 Agustus 2006 Pukul 18.30 - 17.50 WIB telah dilangsungkan pentas kesenian daerah Kuda Kepang dari Paguyuban Seni Gralis Budoyo dari Desa Wonorejo Kecamatan Wonopringgo. Pentas kesenian tersebut dalam rangka mengisi acara panggung hiburan kesenian daerah Mega Jateng Expo 2006.


Dalam pengantar sambutannya, Ismu Syamsudin, S.Kar (Plt. Kepala Kantor Pariwisata dan Kebudayaan Kab. Pekalongan) selaku pembina kebudayaan kesenian daerah di Kabupaten Pekalongan, menyatakan bahwa kesenian daerah yang dimiliki oleh Kabupaten Pekalongan sebenarnya tidak hanya Kuda Kepang saja, namun karena Paguyuban Kesenian Kuda Kepang Gralis Budoyo telah 3 kali menjadi nominasi Juara dalam lomba kesenian daerah tingkat Kabupaten Pekalongan, maka diputuskan kesenian Kuda Kepang ini yang dipentaskan. Dalam pentas ini selain disajikan alunan gending/musik gamelan khas pesisiran juga ditampilkan atraksi kuda kepang yang dibumbui dengan aroma magic dimana para pemainnya mengalami "trance/kesurupan" sehingga gerak geriknya mengundang perhatian para penonton PRPP yang malam minggu tersebut sangat padat/antre.

Pentas malam minggu tersebut dibagi dua sesi. Duta kesenian Kabupaten Pekalongan mendapat jatah waktu sesi pertama, sedangkan sesi kedua yang dimulai Pk.20.00 WIB diisi oleh kesenian rakyat dari Kabupaten Blora dengan menampilkan atraksi Barongan. M. Salim selaku Pimpinan Paguyuban Kesenian Gralis Budoyo menyatakan bahwa kesenian kuda kepang ini sering dipentaskan di dalam maupun luar daerah Kabupaten Pekalongan. " Belum lama ini kami juga pentas di Taman Maerokoco Semarang, dan kami berharap dengan pementasan kesenian kuda kepang ini dapat menjadi cara untuk nguri-uri (melestarikan) budaya kesenian daerah yang ada", demikian ujarnya. M. Salim bertindak pula sebagai pawang yang memimpin acara ritual (magic) pementasan Kuda Kepang. Peserta pentas sebanyak 50 orang terdiri dari para penari kuda kepang, pengrawit, sinden dan tim pendamping dari Kantor Pariwisata dan Kebudayaan Kabupaten Pekalongan. Sebelum pentas, para pendukung acara kesenian ini transit terlebih dulu di Anjungan Kabupaten Pekalongan (Rumah Kaji) Taman Maerokoco Semarang. (ei-Kapeditel).

Thursday, March 4, 2010

Tarian Kuda Kepang




Kuda kepang merupakan satu permainan tradisi yang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya yang berketurunan Jawa. Kuda kepang berupa satu patung anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang dicorakwarnakan untuk menjadi lebih menarik.

Lazimnya satu kumpulan kuda kepang mempunyai 10 hingga 15 orang penari. Salah seorang daripada mereka bertindak sebagai ketua (dayang). Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Terdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini.

Ada pendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa,Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda. Dalam peralihan waktu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar.Ada pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang.

Pendapat lain pula menghubungkan asal usulnya dengan alam kayangan. Seekor kuda kayangan bernama Kuda Sembrani dikatakan turun di Jawa untuk mencari kawannya yang hilang. Setelah berjumpa mereka menari-nari keseronokan. Menurut kepercayaan, kuda kepang dikuasai oleh sejenis kuasa ghaib. Lantaran itu, satu upacara khas perlu dilakukan sebelum bermain. Jika ia gagal dilakukan mungkin sesuatu yang tidak diingini akan menimpa para pemain dan juga penontonnya. Upacara ini bermula dengan istiadat memuja roh. Setelah itu bomoh akan menjampi untuk istiadat membuka gelanggang yang biasanya berukuran 40m x 60m.

Bomoh juga akan menyediakan sajian untuk penunggu. Sajian itu ialah kelapa, beras, pisang masak, kemenyan, kain putih, jarum, benang, ayam putih, padi, telur dan bunga rampai. Bilangan minima penari ialah sembilan orang dan maksimanya 15 orang. Penari-penari ini biasanya terdiri daripada kaum lelaki sahaja. Tarian dicipta oleh guru yang mengajar kumpulan itu sendiri. Tarian-tarian yang selalu dipersembahkan ialah tarian Sola, Selendang,Pak Tani, Pucuk Rebung, Perjuangan, Mempertahankan Diri dan sebagainya. Lenggang-lenggok di dalam tarian ini dinamakan Lenggang Kiprah.

Satu perkara yang menarik di dalam tarian ini ialah kerana seringnya terdapat beberapa orang penari akan naik syeikh (mabuk) setelah persembahan rasmi tamat. Mereka yang "naik syeikh" ini boleh melakukan gerak geri aneh yang pasti tidak dapat dilakukan dalam keadaan siuman. Umpamanya, melompat setinggi enam atau tujuh kaki, meniti diatas sebatang buluh atau kayu licin ataupun seutas tali, juga mengupas kelapa dengan gigi. Semasa penari-penari sedang "naik syeikh" , bunyi-bunyian pengiring penari akan terus dimainkan. Jikalau tidak mereka naik berang dan menerkam pemain-pemain bunyi-bunyian tersebut.

Apabila gerak langkah penari-penari itu semakin liar dan tidak dapat dikawal, bomoh akan membaca mentera ke ubun-ubun atau telinga mereka setelah mereka ditangkap dan direbahkan oleh pegawal-pegawal yang cekap.Setelah itu mereka akan pulih dalam keadaan letih lesu. Adalah dipercayai bahawa selain dari hiburan, tarian kuda kepang juga boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit ganjil seperti dirasuk hantu,diresapi roh orang mati dan sebagainya.

Dipercayai juga bahawa kuda kepang ini hendaklah diletakkan disuatu tempat khusus.Jika diletakkan di sembarangan tempat roh kuda kepang itu akan mengamuk dan merosakkan pertunjukan-pertunjukan yang akan datang. Alat bunyi-bunyian yang sering mengiringi tarian kuda kepang ialah angklong (alat utama), gendang, gong ( berbentuk bulat dan diperbuat dari gangsa), kinong (seperti gong tetapi lebih kecil), jidor ( seperti rebana besar), soron kecil (dibuat dari tembaga yang dititik supaya melengkung dan lekuk seperti ruas buluh) dan bonang (dibuat dari tembaga,ditengahnya bonjol bulat kira-kira lapan garis pusat). Bagaimanapun tidak semua alat ini digunakan dalam satu-satu tarian. Pemilihannya terletak kepada budi bicara kumpulan-kumpulan berkenaan .Bentuk pakaiannya pula terserah kepada kehendak kumpulan tetapi ia hendaklah seragam.

Membudayakan semula seni kuda kepang




21 Disember, Sungai Mas - Tarian kuda kepang merupakan salah satu kebudayaan masyarakat Jawa yang sedikit masa lalu berkembang pesat khususnya ketika perayaan-perayaan seperti majlis perkahwinan, keraian dan sebagainya. Namun begitu seni tersebut kini hampir tenggelam berikutan peredaran masa dan kemunculan teknologi maklumat yang semakin canggih hari ini.

Menyedari hakikat itu seorang aktivis tempatan, Rabu Paimin, 55, dari Bandar Sungai Mas di sini telah menggerakkan semula tarian kuda kepang dengan menubuhkan persatuan yang dikenali Kesenian Kebudayaan Jarum Kepang Sungai Mas.

Rabu berkata, persatuan itu yang ditubuhkan sejak sembilan bulan lalu kini dianggotai oleh 39 ahli yang terdiri daripada anak-anak muda dan golongan belia di sekitar kawasan tersebut.

Menurutnya, beliau yang mewarisi seni itu dari arwah bapanya, Paimin Ahmad, ingin memperkenalkan dan memastikan seni budaya tersebut diketahui dan dihayati oleh orang ramai khususnya generasi kini.

“Bagi memebolehkan mereka mengetahui secara mendalam, kami mengadakan latihan setiap malam Sabtu dan Ahad dengan dikendalikan seorang pembantu, Salam Paiman.

“Saya tidak menduga diperingkat awal saya memperkenalkan seni ini, ia mendapat sambutan yang menggalakkan dimana ramai golongan anak-anak muda dan belia menyatakan hasrat untuk menyertai kumpulan kami,” katanya.

Jelas Rabu lagi, kumpulan itu telah mendapat perhatian apabila sering diundang mengadakan persembahan di majlis-majlis keraian termasuk majlis perkahwinan dan majlis rasmi pemimpin masyarakat.

Rabu memberitahu, lazimnya setiap persembahan mengambil masa sekitar setengah jam yang merangkumi pakej tarian kuda kepang, silat, dan pentol (watak yang memakai topeng).

“Apa yang membanggakan kami, menerusi kewujudan persatuan ini ia bukan sahaja dapat mengembangkan seni budaya malah dapat mengelakkan para belia dari gejala sosial dengan mengisi masa mereka bagi menyertai persatuan seperti ini yang mampu mengeratkan hubungan masyarakat setempat tanpa mengenal usia,” katanya.

kuda kepang



gambar kuda kepang

Tuesday, March 2, 2010

Pantang

Kumpulan pemain kuda kepang diperlukan menyerahkan pengeras kepada Tok Bomoh untuk persembahan. Pengeras ini terdiri daripada kemenyan, air mentah, nasi campur dengan lauk ayam dan sayur, serta beberapa jenis kuih. Selain itu, kumpulan pemain juga dikehendaki menyerahkan wang sebanyak RM2.25 kepada tuan rumah atau penganjur untuk Tok Bomoh persembahan. Kumpulan pemain mengenakan bayaran yang tidak kurang dari RM200 untuk setiap persembahan.

Sebagai pantang larangan dalam permainan kuda kepang, pemain-pemain tidak boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal. Pemain-pemain juga tidak boleh melihat kain merah kerana ini merupakan pantang larangan semulajadi. Selain itu, pemain-pemain juga tidak boleh terlihat kaca kerana takut bahawa mereka akan makan kaca itu.

Cara permainan

Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di atas pentas yang besar. Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda. Beliau menggunakan telur mentah, bunga, rumput, dan air untuk persembahan.

Dikawali oleh seorang "danyang" yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu.

Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya. Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya. Semasa penari dalam keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang.

Penari-penari menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan-pergerakan mereka. Ketika mabuk, mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar sambil menari-nari dengan iringan muzik. Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu. Keadaan ini dipanggil "naik syeh". Jika keadaan bertambah liar dan tidak dapat dikawali, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka.

Peralatan




Peralatan permainan kuda kepang terdiri daripada:

* lima buah angklung
* sebuah gendang
* beberapa gong
* sekurang-kurang sembilan kuda
* sebatang pecut
* serantai tali sepanjang 100 kaki (30 meter).

Angklung yang berbentuk empat segi diperbuat daripada buluh dan rotan dan dimainkan dengan cara menggoyangkan dan menggoncangkan buluh tersebut. Gabungan bunyi nyaring daripada buluh yang kecil serta bunyi bergema daripada buluh yang besar menghasilkan bunyi yang indah dan menarik.

Gendang diperbuat daripada kayu leban dan kulit lembu, sedangkan pengikatnya diperbuat daripada rotan. Gendang ini yang dipalu mengikut irama yang tertentu berdiameter lebih kurang tiga kaki. Gong menyedapkan lagi bunyi muzik pengiring. Pecut diperbuat daripada kedua-dua buluh dan tali yang dipintal menjadi satu. Fungsi pecut adalah untuk mengarah dan mengawal permainan, iaitu penari-penari kuda kepang. Selain itu, perkakas yang penting ialah kuda yang diperbuat daripada kulit lembu dan dibentukkan menyerupai kuda dan diwarnakan merah, putih, atau kelabu. Tali digunakan untuk membuat pagar bagi mengelakkan penari-penari yang mabuk daripada berkeliaran serta untuk memudahkan bomoh mengawal tarian.

Bilangan pemain

Permainan kuda kepang memerlukan sekurang-kurang 25 orang seperti berikut:

* 9 orang penari
* 5 orang pemain muzik
* 2 orang yang bertindak sebagai "Bomoh Pemulih"
* 9 - 15 orang penjaga kawasan.

Bagaimanapun dalam sesuatu persatuan, jumlah ahlinya adalah sebanyak 40 orang. Seorang daripada penari-penari itu bertindak sebagai pemimpin yang dipanggil "Danyang". Pemain-pemain biasanya berpakaian seragam.

kudang kepang



Permainan kuda kepang ialah sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa, Indonesia. Ia turut dibawa oleh penghijrah-penghijrah ke Tanah Melayu. Permainan ini kini merupakan salah satu permainan rakyat di Indonesia dan Malaysia, khususnya di negeri Johor, dan biasa dimainkan di majlis perkahwinan atau di majlis keramaian.
 
Copyright © 2010 kudang kepang | Design : Noyod.Com | Images : Red_Priest_Usada, flashouille